Rabu, 28 Oktober 2009

10 SEBAB LELAKI MAHU BERGELAR SUAMI??

Kita seringkali mendengar kenyataan bahawa lelaki tidak sukakan komitmen yang terlalu serius dalam sesuatu hubungan. Apatah lagi jika hubungan yang terjalin masih terlalu baru dan usia mereka juga masih muda.

Namun ada beberapa sebab mengapa tiba-tiba lelaki yang sebelum ini selesa bergelar solo mengambil keputusan untuk mendirikan rumahtangga.

Memang ramai kawan-kawan yang terkejut dengan keputusan yang diambilnya, tetapi dia seolah-olah nekad dan tidak mahu berundur ke belakang lagi. Ketahui 10 sebab mengapa golongan lelaki mengambil keputusan begitu.

1. Melengkapi hidup
Hidup tidak akan lengkap selagi tidak ada insan istimewa di sisi. Jadi apabila sudah menemui seorang wanita yang dirasakan cukup serasi, lebih baik dia mengikatnya dengan tali perkahwinan. Bak kata orang, biarpun telah punya kerja dan harta yang melimpah ruah, namun jika tiada seorang isteri, kehidupan tetap akan terasa kurang serinya.

2. Ingin diurus
Ini satu lagi sebab mengapa lelaki mahu beristeri. Mereka mahu seseorang menguruskan mereka. Jika semasa kecil ibu yang banyak menghabiskan masa melayan karenah mereka, kini sudah tiba masanya mereka mencari seorang isteri yang mampu memenuhi keperluan mereka. Mereka akan berasa bahagia jika ada orang yang menyiapkan makan minum dan pakaian mereka setiap hari.

3. Bosan
Bagi golongan lelaki yang telah mempunyai segala-galanya dalam hidup mereka, berkahwin merupakan cara terbaik untuk mereka menghilangkan kebosanan. Apabila sudah berkahwin, mereka akan mulakan kehidupan baru dan biasanya kehidupan berumahtangga lebih berwarna-warni jika dibandingkan dengan kehidupan bujang.

4. Amat mencintai
Alasan ini memang selalu digunakan oleh lelaki untuk berkahwin. Selalunya mereka yang menggunakan alasan sebegini memang sudah tidak boleh ditegah kerana kehidupan mereka hanya boleh diteruskan dengan insan yang dicintai di sisi. Lebih romantik dirasakan apabila si pasangan juga tidak mampu meneruskan hidup tanpa si lelaki bersama.

5. Sudah bersedia
Selalunya lelaki yang mahu berkahwin sudah bersedia daripada segi fizikal dan mental untuk menempuh ke alam baru. Sebenarnya bukan mudah untuk lelaki mengambil keputusan mendirikan rumahtangga, tapi apabila dia sudah menyatakan hasratnya, itu bermakna dia memang telah benar-benar bersedia.

Maklumlah zaman sekarang rasa cinta semata-mata tidak mampu menjanjikan kebahagiaan. Rasa cinta perlu dilengkapi juga dengan wang ringgit dan rumah yang selesa untuk didiami. Barulah keluarga bahagia dapat dibina.

6. Inginkan keturunan
Lelaki sangat sensitif apabila bercerita tentang keturunan. Jadi, satu-satunya cara untuk menunjukkan kejantanan mereka adalah dengan berkahwin. Malah ada juga yang beranggapan, mereka bukan lelaki sejati selagi tidak mempunyai anak.

7. Penat bercinta
Lelaki yang pernah mengalami putus cinta selalu menjadikan perkara ini sebagai alasan untuk mereka berkahwin. Selain tidak mahu berasa kecewa sekali lagi, mereka juga berfikir bercinta hanya menghabiskan duit dan membuang masa. Jadi lebih baik berkahwin kerana selain dapat mengeratkan hubungan yang terjalin, masa dan wang ringgit juga dapat dijimatkan.

8. Desakan keluarga
Alasan sebegini selalunya diberikan oleh anak sulung lelaki. Walaupun mereka belum bersedia tetapi mereka terpaksa berkahwin atas desakan keluarga yang mahu melihat dia berumahtangga dan ada orang yang akan menguruskannya. Lebih parah jika kedua ibu bapa lelaki tersebut mempunyai penyakit kronik sehingga selalu keluar masuk ke hospital.

Lelaki sebegini biasanya lebih mementingkan keluarga berbanding kemahuan dirinya sendiri. Walaupun ramai yang ragu-ragu dengan kebahagiaan yang bakal dikecapi dengan perkahwinan sebegini, tetapi jika lelaki tersebut berkahwin dengan wanita yang bijak mengambil hatinya, sudah pasti hubungan yang terjalin akan kekal selamanya.

9. 'Biological clock'
Lelaki juga mempunyai 'biological clock' mereka sendiri. Cuma masanya berbeza dengan wanita kerana fokus utama mereka biasanya pekerjaan dan mengumpul harta sebanyak mungkin terlebih dahulu. Walaupun lelaki tidak ada hambatan biologikal seperti wanita yang sukar mendapatkan anak jika berumur lebih 30 tahun, namun lelaki yang sudah berumur tetap risau jika tidak berkahwin sedangkan umur semakin meningkat. Untuk mengatasi rasa bimbang tersebut, lelaki akan mengambil keputusan untuk mendirikan rumahtangga.

10. Tiba masanya
Kepada wanita, jangan risau jika teman lelaki anda tidak mahu memberikan komitmen buat masa ini. Ini kerana apabila sudah tiba masanya dia pasti akan mencari anda dan menyatakan hasratnya untuk hidup bersama anda. Oleh itu, jangan terlalu memaksa kerana itu hanya akan membuatkan dia semakin bosan dengan anda.

Sumber :
www.gua.com.my

Selasa, 27 Oktober 2009

Cinta Lama Sukar Untuk Di Lupakan

Saya tahu ada di antara anda yang sedang kecewa atau masih mengharapkan cinta dari seseorang. Apa kata kita ikuti artikel ini.

Bukan mudah melupakan si dia yang pernah bertakhta di hati, bukan senang juga hendak mendapatkan kembali bekas kekasih itu.

Memujuk dan mendapatkan kembali teman lelaki dua perkara yang amat berbeza. Kebanyakan wanita membuat langkah awal yang salah apabila hendak mengambil semula hati si dia.

Berikut antara panduan jika anda berhasrat menjalin semula hubungan yang sudah terputus. Siapa tahu, dia kini mungkin sedang memburu cinta baru dan masih menyimpan rasa yang sama dengan anda.

Silap haribulan, dia akan bertakhta semula dan anda mungkin pasangan secocok serta paling bahagia.

* Jangan bergaduh dengan si dia. Lazimnya, bercerita dengan bekas kekasih pasti hanya diakhiri dengan pergaduhan. Bergaduh hanya mencipta ketegangan dan membunuh keinginan. Bergaduh dengan bekas kekasih sangat tidak berguna. Walaupun anda menang apabila bergaduh mulut, ketika keputusan perpisahan diambil, anda tetap ditinggalkannya.

* Jangan cuba menggunakan logik untuk meyakinkan dia meneruskan perhubungan atau kembali kepada anda. Ingat, cinta itu berlandaskan perasaan bukan logik. Bagaimana benar, teguh, meyakinkan, bijak dan segalanya, anda tetap juga kena tinggal.

* Jangan yakinkan atau cuba meyakinkan si dia anda sudah berubah atau 'mulai sekarang... keadaan pasti berubah' kerana perkara seumpama itu seolah-olah timba keluar daripada perahu bocor. Pasti anda akan gagal juga.

* Jangan asyik menyatakan anda cintakan dia. Dia mungkin tidak peduli itu semua. Apa yang pasti, dia hanya ingin tahu sedalam mana cintanya pada anda, bukannya sedalam mana cinta anda pada dirinya.

* Jangan merayu. Hampir 98 peratus perempuan akan merayu supaya bekas kekasih kembali kepadanya. Lebih banyak anda merayu, lebih jauh anda ditinggalkannya.

* Jangan cuba membuat dia rasa bersalah apabila meninggalkan anda. Sebagai contoh, "Saya tak boleh hidup tanpa awak... " atau "Jangan tinggalkan saya sekarang sebab peperiksaan sudah dekat... ". Cubaan dan ayat sedemikian tidak akan berjaya merebut cintanya semula.

* Jangan berlakon sedih supaya dia rasa bersalah. Simpati dan kasihan tidak sama dengan 'tertarik' dan 'keinginan' untuk kembali kepada anda.

* Jangan bercakap dengan rakannya dengan tujuan untuk mendapatkan sokongan. Walaupun anda mendapat sokongan dan si dia kembali kepada anda selepas membuat beberapa perancangan, selalunya ia tidak kekal lama. Untuk kembali ke pangkuan anda, ia harus dilakukan atas keinginan hatinya yang ikhlas tanpa dipengaruhi faktor luaran.

* Jangan menangis di hadapannya. Mungkin dia akan memujuk supaya berhenti menangis dan selepas itu, anda tetap juga kena tinggal sedangkan dia berpasangan dengan orang lain. Menangis terlalu banyak di hadapannya atau bercucuran air mata ketika menyahut panggilan telefonnya, menunjukkan betapa dia berkuasa ke atas anda. Oleh itu, jangan sesekali menangis di hadapannya.

* Jangan desak dirinya supaya kembali kepada anda. Semakin anda mendesak, anda sebenarnya semakin menolak dirinya terus jauh daripada anda.

Ahad, 25 Oktober 2009

Tentang Cinta

Kepada yang masih SINGLE…
Cinta ibarat kupu-kupu. Makin kau kejar, makin ia menghindar. Tapi, bila kau biarkan ia terbang, ia akan menghampirimu di saat kau tak menduga. Cinta mampu membahagiakanmu tapi sering pula ia menyakiti, tapi cinta itu hanya istimewa apabila kau berikan cinta kepada seseorang yang layak menerima.


Kepada yang ragu-ragu dengan PERNIKAHAN…
Cinta bukannya mencari seseorang yang “SEMPURNA”, tetapi menemukan seseorang yang mampu menjadikan dirimu sempurna. Kepada PLAYBOY / PLAYGIRL… Jangan katakan “AKU CINTA PADAMU!” bila kau tidak benar-benar peduli. Jangan bicarakan soal perasaan bila itu tidak benar-benar ada. Jangan kau sentuh hidup seseorang bila kau hanya berniat main-main dengannya. Jangan menatap ke dalam mata seseorang bila apa yang kau lakukan hanya pembohongan. Hal paling kejam yg dilakukan ialah membuat seseorang jatuh cinta, sedangkan kau tidak berniat langsung “UNTUK MENERIMANYA” saat ia terjatuh.


Kepada yang PATAH HATI…
Sakit… luka, hancur.. patah hati… bertahan selama kau menginginkannya dan akan menghiris luka sedalam kau membiarkannya. Persoalannya, bukan bagaimana mengatasi rasa sakit itu, tetapi adalah apa yang boleh diambil dan dihayati sebagai pengajaran dan hikmahnya.


Kepada yang BELUM PERNAH JATUH CINTA…
Bagaimana kalau jatuh cinta? Mahu jatuh, jatuhlah! Tetapi, jangan sampai terjerumus. Biar selamba tapi stabil. Berkongsilah tetapi jangan tak adil. Cubalah untuk memahami tetapi bukan bermakna tidak boleh meminta apa-apa. Bersedialah untuk terluka dan menderita, tetapi jangan simpan semua rasa sakit jika itu yang benar-benar dialami.


Kepada yang ingin MENGUASAI…
Hatimu patah melihat orang yang kau cintai berbahagia dgn org lain, tetapi akan lebih sakit lagi apabila mengetahui bahawa orang yang kau cintai ternyata tidak bahagia dengan mu.


Kepada yang takut MENGAKUI…
Cinta menyakitkan bila anda putuskan hubungan dengan seseorang. Tetapi, lebih sakit lagi bila seseorang memutuskan hubungan denganmu. Tetapi, cinta paling menyakitkan apabila orang yang kau cintai langsung tidak mengetahui perasaanmu terhadapnya.


Kepada yang masih bertahan MENCINTAI SESEORANG YANG TELAH PERGI…
Hal menyedihkan dalam hidup ialah bila kau bertemu seseorang lalu jatuh cinta. Kemudian akhirnya menyedari bahawa dia bukanlah jodohmu dan kau telah mensia-siakan masa bertahun-tahun untuk seseorang yang tidak layak. Kalau sekarang dia sudah tidak layak, 10 tahun dari sekarang pun dia tetap tak akan layak. Biarkan dia pergi dan lupakan.

Sabtu, 24 Oktober 2009

Bajet 2010

tuan,

Saya Ramlan, umur 20 tahun dari Johor. Mahu tanya tentang Bajet 1 Malaysia.. apa impact kepada rakyat Malaysia.?

Ramlan,

Bagi saya bajet 10 mempunyai kesan kepada orang muda kerana banyak keistimewaan atau insentif kepada genarasi muda. Antara insentifnya Komputer notbook dengan bayaran ansuran RM50 sebulan, harga tambang keretapi separuh harga, pinjaman jadi biasiswa untuk kelas 1, Peruntukan besar sekolah prestasi tinggi & perlepasan cukai jalur lebar & pinjaman maksimun untuk beli komputer kakitangan Awan.

Jumaat, 23 Oktober 2009

Sejadah berdiri

bos,

Dalam akhbar dua hari yang lalu terpapar 35 sejadah berdiri macam orang solat. Perkara ini berlaku di Kelantan dan Mufti Kelantan mengarah supaya sejadah tersebut di rampas. Apa pendapat anda semua.


Pendapat saya ialah perkara ini kemungkinan betul tapi dia tidak perlu diheboh. Saya rasa Allah hanya tunjuk kepada kita seorang saja. Secara positif itu kebesaran Allah.Wallahualam.

Bagi 35 sejadah ada keluar dalam TV yang menyatakan itu perbuatan orang dan mereka ambil lalu diedar melalui MMS. Sebab itu Mufti Kelantan arah rampas sejadah bimbang kurafat yang timbul.

Pendapat sahabat kita camana? komen sikit

Khamis, 22 Oktober 2009

Suka Berdolak dalih

abang,

Umur saya baru 23 tahun & maseh menuntut di IPTA di Perak. Saya mempunyai seorang kawan yg baru dikenali empat bulan yang lalui. Saya mengenali di ruang sembang dan sentiasa berhubungi melalui telefon. Apa yang saya ragui ialah setiap kali saya ingin bertanya tentang latarbelakangnya seperti pekerjaaan, tempat tinggal dan tentang personal beliau selalu mengelak untuk menjawap. Apa yang patut saya lakukan?

Jawapan

Bagi pendapat abang, lelaki macam ini tak boleh dipercayai. Sekiranya kita berjumpa seseorang suka berdolak dalih & bermacam alasan maka sebaiknya adik tinggalkan lelaki itu. Buang masa adik je.