Jumaat, 29 Januari 2010

Nok Tahu Tak?

1. Tahukah anda?..Apabila kita membuang air kecil, badan kita akan menjadi sejuk kerana telah melepaskan haba melalui bahan kumuh. Jika kita men’gencing’ orang lain, maka haba akan terlepas dari badan orang itu lalu kita akan dilempang olehnya.

2. Percayakah anda?..Wanita mengelipkan mata dua kali lebih kerap daripada lelaki dan jantung wanita juga berdegup lebih laju berbanding jantung lelaki. Tapi percayakah juga anda bahawa, lelaki selalu ada dua mata air dan jantung mereka juga berdegup dengan lebih laju jika diketahui oleh isteri.

3. Terdapat kira-kira 3,000 spesis pokok dalam setiap kawasan seluas 1.6 km persegi di hutan Amazon dimana jika seseorang bernama Amran memasuki kawasan itu, beliau berkemungkinan akan tersesat selama 3,000 jam jika tidak membawa kompas.

4. Uri Geller, ahli psikik terkenal yang dilahirkan pada 20 Disember 1946, mengatakan bahawa kebolehan luar biasa yang dimilikinya itu berasal dari planet Hoova dan kadangkala dia juga memekik sambil mengatakan yang dia adalah seorang Ultraman!.

5. Tahukah anda?..Manusia hanya menggunakan 10% daripada otaknya. Tetapi ini tidak bermakna baki 90% lagi perlu dibuang kerana jika dibuang sudah terbuktilah manusia itu dari jenis yang tidak ada otak!!.

6. Apabila marah, Tasmanian Devil (sejenis haiwan yang hidup di pulau Tasmanian, selatan Australia) akan bertukar warna menjadi kemerah-merahan. Bila Makcik Leha marah, wajahnya juga akan bertukar menjadi kemerah-merahan padahal mereka bukanlah dari spesies yang sama.

7. Gelas kaca pecah dengan kelajuan 4,827 km/j. Pecah Kaca, Pecah Gelas, Sudah Baca Harap Balas pula ialah ayat yang selalu diguna oleh budak-budak sekolah ketika bercinta.

8. Tahukah anda?..Otak kita mengandungi 80% air. Walaubagaimanapun..seseora
ng yang sudah lama tidak membuat hubungan kelamin bersama isteri akan mengalami satu sindrom yang berkaitan otak iaitu sindrom ‘masuk air’.

9. Tahukah anda?..Belang yg kita lihat pada harimau bukan sekadar pada bulunya tapi pada kulitnya. Belang pada lelaki berhidung belang pula bukan sekadar pada hidungnya, tapi juga pada bulu hidungnya.

10. Tidak ada satu pun perkataan yang bermula dengan huruf 'W' dalam bahasa Sepanyol. Sementara itu, hanya terdapat 12 huruf dalam bahasa Hawaii iaitu A,E,H,I,K,L,M,N,O,P,U dan W. Untuk pengetahuan juga, didalam Bahasa Inggeris dan Melayu mesti menggunakan ke semua huruf dari A-Z kecuali yang buta huruf kerana mereka tidak tahu membaca.

11. Hanya ada empat perkataan sahaja dalam bahasa Inggeris yang berakhir dengan bunyi-'dous' iaitu tremendous, horrendous, stupendous dan hazardous. Ini membuatkan seseorang yang bernama Fidaus berasa bangga sekejap.

12. Tahukah anda?..Di negara Norway, terdapat sebuah tempat di panggil Hell (neraka) manakala kalau kita berbuat jahat selalu, tempat yang kita akan pergi juga bernama Hell.

13. Menurut kajian ahli sains, secara puratanya, kita akan berhenti bercakap setiap tujuh minit. Tetapi menurut seorang ahli sains yang lain yang bisu sejak lahir, secara puratanya, dia tidak boleh langsung bercakap seumur hidupnya.

14. Siapakah Thomas Mapother?? Lelaki itu adalah pelakon tampan, Tom Cruise, sebelum dia menukar namanya. Siapakah pula Latiff Sufian?? Lelaki itu pula ialah cuma seorang tukang kebun di Sekolah Rendah Kampung Kerinchi.

15. Untuk mengekalkan suhu sejuk, burung unta akan mengencingkan kakinya sendiri supaya ia akan berasa sejuk apabila air itu menyejat. Anda juga boleh berbuat demikian jika hendak berbau hancing.

16. Dipetik dari kenyataan sebuah majalah, tembakau membunuh lebih ramai rakyat Amerika (seramai 450,000 orang) setiap tahun berbanding alkohol, kokain, heroin, homisid, bunuh diri, kemalangan kereta, kebakaran dan AIDS. Untuk menyembunyikan rasa takut dikalangan orang-orang kaya pula, majalah tersebut tidak berani untuk mengatakan bahawa tembikar yang di beli dengan harga yang mahal juga mampu membunuh jika dihentak dikepala dengan kadar yang kuat.

17. Tomato dan Timun adalah buah-buahan ya, bukan sayur. Taugeh dan Sawi pula ialah nama samaran pelukis majalah kartun Ujang ya, bukan Utopia.

18. Agensi keselamatan antarabangsa mengatakan jangan takut untuk menaiki kapal terbang kerana ia merupakan alat pengangkutan yang paling selamat. Ia jauh lebih selamat berbanding motosikal, bas, kereta api dan kereta. Akan tetapi agensi itu mungkin terlupa akibat jikalau kapal terbang itu terhempas ke atas jalanraya dan menimpa semua orang yang menaiki kenderaan yang disebut tadi adalah kebarangkaliannya akan hancur lebur.

19. Jangan terkejut, kalau diceraikan satu per satu dan kemudian disusun semula, seluruh batu yang terdapat pada Tembok Besar China, cukup untuk mengelilingi bumi pada garisan khatulistiwa dengan ketinggian 2.5 meter dan jangan terkejut dengan penceraian artis-artis tempatan kerana itu semua publisiti murahan yang dapat menaikan populariti pada carta bintang paling popular.

20. Mengikut fakta, sebelum era Masihi, terdapat satu perkidmatan 'pos laju' menggunakan kuda di Parsi. Posmennya akan memakai pengikat kepala dan menghantar surat tersebut merentasi Asia, beratus-ratus km tanpa henti. Mengikut akta pula, seorang Posmen yang menaiki EX5 merah dari Pos Malaysia, jika selalu berhenti-henti minum kopi di kedai mamak boleh diberhentikan kerja serta-merta.

21. Dianggarkan sel kulit yang mati yang hilang sepanjang hayat kita cukup untuk mengisi lapan beg tepung seberat tiga kilogram dan tepung itu kalau di buat roti canai, rasanya amat lazat jika dimakan bersama-sama dengan kari kepala ikan.

22. Ini adalah benar, ngauman seekor singa mampu didengari sejauh 3 km kecuali orang yang pekak walaupun dia hanya berada 3 cm sahaja dari singa tersebut.

23. Permukaan bumi adalah seluas 153,295,000 km persegi manakala orang yang jauh perjalanannya sewaktu berkelana seperti Azroy dari filem Gila-Gila Remaja pula hanya mendapat luas permandangan memandangkan dia hanya mengelilingi Kuala Lumpur sahaja.

24. Tahukah anda?..Seekor lembu kentut sebanyak 200 kali lebih banyak berbanding manusia.

Khamis, 28 Januari 2010

Petua Menjaga Komputer

1. Bateri
* Elakkan daripada penggunaan bateri.
* Komputer lebih sejuk tanpa haba dari bateri.
* Jika bateri sudah habis dicas, digalakkan menggunakan kuasa dari adapter.
* Pastikan bateri berada di bawah 10 peratus sebelum dicas semula.
* Jika terlalu kerap dicas, bateri akan kehilangan keupayaan menyimpan tenaga di bawah 50 peratus.

2. Papan Kekunci.
* Letakkan sekeping kertas A4 untuk papan kekunci setiap kali tidak menggunakannya untuk menghindarkan papan kekunci dimasuki habuk.
* Sesekali lapkan papan kekunci dengan perlahan-lahan. Jangan terlalu kasar untuk mengelakkan butang kekunci rosak.
* Kalau boleh gunakan papan kekunci dan tetikus berasingan supaya kita tidak terlalu kerap menggunakan papan kekunci di komputer riba.

3. Skrin LCD
* Lapkan ia selalu kerana mudah dimasuki habuk.
* Gunakan screen saver.
* Power management setkan pada ‘Turn Off monitor in … minutes’.
* Elakkan menyentuh skrin dengan jari kerana kesan jari yang berminyak menyukarkan untuk pembersihan.
* Jangan letakkan jari di skrin kerana boleh menyebabkan ‘Dead pixel’.

4. Haba Panas
* Pasikan komputer riba anda ada ruang untuk mengeluarkan haba panas.
* Perlu diingat komputer riba mempunyai ruang simpanan yang kecil.

5. Surge Protector
* Fungsinya sebagai menjaga perisian dan perkakasan daripada rosak.
* Disyorkan jenama APC, BELKIN atau TARGUS.
* Kelebihan APC - mempunyai bateri simpanan, line protection (tiada elektrik tapi masih boleh dihidupkan lagi) dan mempunyai amaran kehabisan bateri.
* Kelebihan lain Surge Protector ialah menjaga HDD dan Power Supply.

6. Port
* Sentiasa dibersihkan kerana mudah dimasuki habuk.
* Gunakan berus atau berus gigi lama.
* Pastikan suis dimatikan ketika membuat pembersihan.

Selasa, 26 Januari 2010

Petua Awet Muda


Ramai yang mengeluh kerana kulit wajah nampak lebih matang berbanding usia

Jadi, untuk mengatasi masalah ini ada 7 rahsia agar kulit kamu nampak awet muda

* Berasa Bahagia
Berasa bahagia adalah salah satu cara utnuk kelihatan awet muda. Dalam setiap kegiatan, elakkan aktiviti yang mengakibatkan kamu stress, rasa bersalah dan tertekan. Ingat, apa yang kamu rasakan akan tercermin pada wajah...

* Banyak Bergerak
Lakukanlah jogging, berjalan cepat ataupun berenang. Dengan cara ini, risiko di serang sakit jantung, osteoporosis dan kanser akan berkurangan...

* Vitamin C
Vitamin c terbukti dapat meningkatkan daya tahan tubuh dan mengurangkan risiko di serang kanser. Banyakkan minum air putih kerana ia akan mengurangkan tekanan, menjaga kesegaran kulit...

* Gunakan Pelindung UV
Matahari adalah salah satu faktor utama penyebab terjadinya proses penuaan. Kerana itu, kerapkan penggunaan losyen pelembap pada kulit agar kulit tidak terbakar oleh sinar UV...

* Rehat Yang Cukup
Kamu perlukan sekurang-kurangnya 8 jam sehari untuk tidur. Rehat yang cukup bermanfaat untuk menghindari terbentuknya kesan lebam bawah mata, kulit kering dan kulit nampak kusam...

* Menjaga Penampilan
Penampilan dan riasan wajah juga memainkan peranan penting. Meskipun usia semakin bertambah, namun jangan biarkan wajah tanpa mekap. Gunakan mekap yang nipis untuk kesan semulajadi...

* Keyakinan Diri
Jangan mudah mengalah dan berputus asa. Jika kamu rajin berusaha, kamu akan mendapat hidup yang lebih bahagia dan sehat...

Cube amalkan 7 rahsia ini agar kamu kelihatan awet muda

Khamis, 21 Januari 2010

Malam Pertama Kita


Tuk merenungkan indahnya malam pertama
Tapi bukan malam penuh kenikmatan duniawi semata
Bukan malam pertama masuk ke peraduan Adam Dan Hawa

Justeru malam pertama perkawinan kita dengan Sang Maut
Sebuah malam yang meninggalkan isak tangis sanak saudara

Hari itu... mem pelai sangat dimanjakan
Mandipun...harus dimandikan
Seluruh badan Kita terbuka....
Tak ada sehelai benangpun menutupinya. .
Tak ada sedikitpun rasa malu...
Seluruh badan digosok dan dibersihkan
Kotoran dari lubang hidung dan anus dikeluarkan
Bahkan lubang-lubang itupun ditutupi kapas putih...

Itulah sosok Kita....
Itulah jasad Kita waktu itu

Setelah dimandikan.. ,
Kitapun dipakaikan gaun cantik berwarna putih
Kain itu ...jarang orang memakainya..
Karena sangat terkenal bernama Kafan
Wangian ditaburkan kebaju Kita...
Bahagian kepala.., badan. .., dan kaki diikatkan
Tataplah.... tataplah. ..itulah wajah Kita
Keranda pelaminan... langsung disiapkan
Pengantin bersanding sendirian...

Mempelai diarak keliling kampung yang dihadiri tetangga
Menuju istana keabadian sebagai simbol asal usul
Kita diiringi langkah longlai seluruh keluarga
Serta rasa haru para handai taulan
Gamelan syahdu bersyairkan adzan dan kalimah Dzikir
Akad nikahnya bacaan talkin....
Berwalikan liang lahat..
Saksi-saksinya nisan-nisan. . yang telah tib a duluan
Siraman air mawar.. pengantar akhir kerinduan
Dan akhirnya.... tiba masa pengantin..
Menunggu dan ditinggal sendirian,
Tuk mempertanggungjawab kan seluruh langkah kehidupan

Malam pertama yang indah atau meresahkan..
Ditemani rayap-rayap dan cacing tanah
Di kamar bertilamkan tanah..

Dan ketika 7 langkah telah pergi.....
Sang Malaikat lalu bertanya.
Kita tak tahu apakah akan memperoleh Nikmat Kubur...
Ataukah Kita akan memperoleh Siksa Kubur.....
Kita tak tahu...Dan tak seorangpun yang tahu....

Saya hampir membuang email ini namun saya telah diberi kesabaran untuk
membacanya terus hingga ke akhir.



Mengapa mudah sekali membuang email agama tetapi bangga mem "forward"
kan email yang tak senonoh? Astaghfirullah. ..
Marilah membuat keseimbangan dalam kehidupan kita, sebelum kita menuju
ke


''Malam Pertama Kita''

Isnin, 11 Januari 2010

KELEBIHAN-KELEBIHAN BISMILLAH


1. Yang pertama ditulis Qalam adalah BISMILLAH. Maka apabila kamu menulis sesuatu, maka tulislah BISMILLAH pada awalnya kerana BISMILLAH tertulis pada setiap wahyu yang Allah turunkan kepada Jibrail.

2. 'BISMILLAH untukmu dan rumahmu, suruhlah mereka apabila memohon sesuatu dengan BISMILLAH. Aku tidak akan meninggalkannya sekejap mata pun sejak BISMILLAH diturunkan kepada Adam. (Hadith Qudsi)

3. Tatkala BISMILLAH diturunkan ke dunia, maka semua awan berlari ke arah barat, angin terdiam, air laut bergelora, mendengarkan seluruh binatang dan terlempar semua syaitan.

4. Demi Allah dan keagunganNya, tidaklah BISMILLAH itu dibacakan pada orang sakit melainkan menjadi ubat untuknya dan tidaklah BISMILLAH dibacakan di atas sesuatu melainkan Allah beri berkat ke atasnya.

5. Barangsiapa yang ingin hidup bahagia dan mati syahid, maka bacalah BISMILLAH setiap kali memulakan sesuatu perkara yang baik.

6. Jumlah huruf dalam BSMILLAH ada 19 huruf dan malaikat penjaga neraka ada 19 (QS.AL Muddatsir:30) .Ibnu Mas ' ud berkata: ' Sesiapa yang ingin Allah selamatkan dari 19 malaikat neraka maka bacalah BISMILLAH 19 kali setiap hari. '

7. Tiap huruf BISMILLAH ada JUNNAH (penjaga/khadam) hingga tiap huruf berkata, ' Siapa yang membaca BISMILLAH maka kamilah kekuatannya dan kamilah kehebatannya. '

8. Barangsiapa yang memuliakan tulisan BISMILLAH nescaya Allah akan mengangkat namanya di syurga yang sangat tinggi dan diampunkan segala dosa kedua orang tuanya.

9. Barangsiapa yang membaca BISMILLAH maka akan bertasbihlah segala gunung kepadanya.

10. Barangsiapa yang membaca BISMILLAH sebanyak 21 kali ketika hendak tidur, maka akan terpelihara dari gangguan syaitan, kecurian dan kebakaran, maut mendadak dan bala.

11. Barangsiapa yang membaca BISMILLAH sebanyak 50 kali di hadapan orang yang zalim, hinalah dan masuk ketakutan dalam hati si zalim serta naiklah keberanian dan kehebatan kepada si pembaca.

Wallahualam....=)

Ahad, 10 Januari 2010

PERIGI MENCARI TIMBA?



Perigi cari timba atau pergi cari timba? Kedua-dua kenyataan ini mempunyai mempunyai dua konotasi berbeza jika dilihat sekali imbas, namun jika diperhalusi ia menjurus kepada pengertian wanita yang selama ini lebih bersifat tunggu dan lihat, bertindak sebaliknya dalam perihal membabitkan jodoh.

Memang hakikatnya, stigma berkurun yang sudah sekian lama wujud dalam minda masyarakat ialah budaya melamar atau meminang hanya dilakukan oleh lelaki atau wakil mereka sekiranya ingin menyunting wanita tertentu bagi dijadikan isterinya.

Bagaimanapun, zaman berubah menyaksikan wanita semakin tinggi kedudukannya dalam hirarki masyarakat terutama apabila kita memperkatakan mengenai kerjaya menyebabkan ada lelaki berasa gerun untuk masuk melamar menyebabkan wujud fenomena wanita bujang berkerjaya kukuh kerana lelaki takut untuk mendekati mereka.

Merenung lebih jauh, tiada termaktub dalam sebarang perundangan mengenai kesalahan wanita meminang lelaki untuk dijadikan suami, tetapi adat yang sudah berakar umbi dalam budaya dan kehidupan masyarakat memberi pengertian ‘janggal’ mengenai tindakan wanita mengajukan soalan kepada lelaki untuk dipinang.

Kenyataannya, arus zaman menyaksikan banyak perubahan berlaku dalam kehidupan seharian yang kita lalui. Sama ada perubahan dari aspek persamaan gender mahupun keupayaan lain, wanita boleh dikatakan mempunyai kebolehan sama seperti lelaki terutama dalam perihal kerjaya.

Sehubungan itu, kebenaran yang tidak perlu dibuktikan ialah bilangan wanita yang berdikari dan hidup bersendirian semakin bertambah. Selain memiliki kerjaya mantap dan sumber kewangan kukuh, wanita begini dikatakan menjadikan lelaki berfikir banyak kali untuk mendekati mereka.

Persoalannya, sampai bilakah lelaki akan berasa gerun atau segan untuk mendekati wanita yang mereka idamkan andai kata wanita berkenaan berkedudukan kukuh dalam kerjaya dan bijak membawa diri serta berdikari? Di pihak wanita pula sanggupkah menunggu lelaki menghantar ‘permohonan’ menyunting mereka?

Ibarat kata pepatah menunggu buah yang tidak gugur, wanita sudah tentu tidak mahu membuang masa menanti sesuatu yang belum pasti akan menjadi miliknya, justeru tindakan terbaik yang boleh dilakukan wanita ialah bertanyakan kepada lelaki akan apakah kesudahannya perhubungan mereka.

Pensyarah psikologi, Jabatan Psikologi dan Kaunseling Fakulti Pendidikan Universiti Malaya (UM), Profesor Madya Dr Mariani Md Nor, menyifatkan keadaan ‘perigi mencari timba’ bukanlah sesuatu yang pelik dalam kehidupan dunia sekarang lebih-lebih lagi statistik menunjukkan wanita lebih ramai daripada lelaki.

“Masyarakat kita kaya adat dan kalau sudah namanya adat, ia dijunjung dalam budaya. Bagaimanapun, saya berpendapat kita hidup dalam dunia realiti, ada perasaan dan keinginan untuk berumahtangga jadi perlu untuk wanita melakukan tindakan positif memulakan langkah ke arah itu.

“Begitupun, kepada wanita yang berani untuk melakukannya, mereka mesti bersedia mental kerana tindakan mereka itu ibarat menyongsang arus. Sedikit sebanyak, tindakan berkenaan akan jadi bahan perbualan masyarakat kerana sudah menjadi kelaziman, berbuat benda baik pun akan diperkatakan, apatah lagi hal yang jarang dilakukan,” katanya ketika dihubungi baru-baru ini.

Beliau berkata, kadangkala budaya yang berakar umbi dalam masyarakat terlalu kukuh untuk dilanggar menyebabkan masyarakat kekal menjunjung adat yang sewajarnya perlu diselaras dengan keadaan sekarang dengan membiarkan wanita menyandang status anak dara tua atau anak dara lanjut usia.

“Ada dua situasi yang mencetus kepada senario perigi mencari timba ini. Pertama ialah lelaki mempunyai status sosial yang lebih rendah daripada wanita walaupun hati mengatakan ada keinginan untuk melamar menyebabkan wanita terpaksa memulakan langkah itu.

“Kedua ialah memang wanita berkenaan tidak kisah mengenai apa yang akan diperkatakan kerana mereka sendiri mahu melakukannya. Kadangkala perlu juga mempunyai wanita sebegini dalam masyarakat kerana jika mereka berjaya, mereka akan dijadikan contoh serta terus diperkatakan untuk beberapa lama,” katanya.

Sehubungan itu, tidak menjadi keanehan sekiranya ‘perigi mencari timba’ diamalkan dalam kehidupan hari ini kerana zaman sudah banyak berubah dan masyarakat perlu menerima kenyataan sesuatu perlu dilakukan bagi menghindari perkara tidak baik berlaku.

“Kebaikan daripada perkahwinan itu sudah pasti satu daripadanya ialah dapat menghindari individu melakukan dosa dan mengelak pandangan buruk orang ramai. Berbalik kepada situasi wanita yang ingin meminang lelaki, tujuan asalnya adalah untuk berkahwin dan amalan ini adalah mulia. Cuma janganlah kita lupa mengenai nilai lazim dalam masyarakat, lakukan dengan penuh tertib dan mengikut langkah,” katanya.

Tidak salah wanita memulakan langkah

Bagi penuntut sarjana, Aina Mardhiah Nordin, 26, pepatah berkenaan boleh diguna pakai namun dalam situasi tertentu, ia tidak boleh diamalkan lagi kerana ia meletakkan lelaki mahupun wanita dalam dilema.

“Saya tidak menolak peribahasa lama mengenai perigi mencari timba, tapi dalam keadaan sekarang, saya berasa wajar untuk kita mempraktikkan peribahasa itu. Tidak ada sebarang kesilapan kalau kita melakukannya.

“Tambahan pula, dalam persekitaran maju kini, wanita dikatakan mempunyai tahap pendidikan dan pekerjaan yang sama dengan lelaki bahkan dalam beberapa aspek, wanita mengatasi lelaki menyebabkan mungkin timbul rasa segan lelaki terhadap wanita,” katanya ketika ditemui di Balai Berita, baru-baru ini.

Aina mengakui wanita tidak perlu malu untuk bertanya kepada lelaki mengenai niat baik untuk berumahtangga kerana perkara berkenaan adalah satu hal yang bukannya mendatangkan keburukan.

“Sebagai wanita, saya fikir kita tidak perlu berasa aneh untuk membuka bicara soal hati ini kerana zaman sudah berubah. Justeru, takkan wanita ingin biarkan saja diri membujang sehingga ke tua kerana agama juga menyarankan kita berikhtiar untuk mendapatkan jodoh bagi memiliki zuriat atau waris kita,” katanya.

Tidak dinafikan status wanita yang semakin meninggi menyebabkan wujud fenomena lelaki gerun untuk masuk meminang, seterusnya menyumbang kepada kewujudan pertambahan wanita dan lelaki bujang dalam masyarakat.

Perkara ini tidaklah membimbangkan, tetapi wajar ditangani dengan bijak kerana dengan adanya pasangan, hidup mungkin menjadi lebih bermakna dan seimbang. Kehadiran zuriat juga dikatakan menceriakan rumah tangga.

“Jika diperhatikan, di pusat pengajian tinggi juga memperlihatkan bilangan penuntut wanita mengatasi penuntut lelaki. Begitu juga di institusi pekerjaan, ada ketua wanita yang mengendalikan syarikat. Bila wanita mencapai kedudukan lebih tinggi daripada lelaki, seakan wujud jurang pemisah bagi lelaki untuk mendekati wanita. Mungkin juga lelaki menghormati wanita menyebabkan mereka malu mengajukan soalan mengenai membina kehidupan bersama wanita yang mereka pilih.

“Selain itu, saya tidak menolak keadaan ‘perigi mencari timba’ kerana bukan mudah untuk mencari lelaki yang memenuhi ciri idaman wanita. Jadi, apabila sudah bertemu lelaki idaman, jangan buang masa menunggu lelaki menyuarakan isi hati mereka. Biar kita yang mulakan dulu jika sudah yakin dengan lelaki yang kita dampingi kini,” katanya.

Beliau berkata, daripada terlepas ke tangan orang lain, lebih baik sekiranya wanita yang memulakan langkah untuk memberi kata isyarat kepada lelaki mengenai hajat yang terpendam di dalam hati.

“Pokok pangkalnya, keikhlasan perlu ada dalam perhubungan dan wanita sendiri perlu mengambil tindakan berani meminang lelaki kalau sudah yakin dan tetap hati dengan pilihan yang dibuat.

“Sementara bagi lelaki pula jangan berasa besar hati atau bangga diri sekiranya ada wanita bertindak meminang mereka sebalik hormatilah wanita yang berani bertindak begini kerana tidak mudah bagi wanita menongkah arus walaupun perbuatan mereka tidak salah, apatah lagi berdosa,” katanya.

Wajar juga diingat wanita yang melakukan tindakan ‘perigi mencari timba’ ini adalah wanita berperibadi mulia kerana berfikiran jauh untuk tidak melakukan dosa sebaliknya mengikut prosedur fitrah budaya berteras agama kerana berusaha mencari jodoh dengan cara yang cukup beradat dan penuh susila.

Mungkin juga sudah tiba masanya masyarakat memikirkan alternatif baru daripada ‘perigi mencari timba’ kepada ‘pergi cari timba’ kerana jodoh wajar dicari dan ia tidak datang sendiri tanpa sebab dan musabab yang munasabah.


Oleh Shaidah Shafie
- BERITA HARIAN

Sabtu, 9 Januari 2010

Hati Yang Tak Bahagia


ASSALAMUALAIKUM W.B.T...
good things come to those who wait...

Setiap manusia yang baru dilahirkan berada dalam keadaan MAK SUM yang bebas dari sebarang dosa. Pabila kita telah mencapai umur aqal baligh barulah Allah swt perintahkan setiap amal kebajikan dan perbuatan kejahatan kita ditulis dalam buku amalan kita oleh malaikat Raqib dan Atiq.

Di bawah ini izinkan saya perturunkan petikan dari satu artikel yang sangat baik untuk kita baca dan ambil ikhtibar oleh kita semua. Petikan ini tidak saya tujukan kepada sesiapa samada hidup atau pun yang telah mati. Cuma untuk kita berkongsi ilmu Allah swt yang maha luas.

9 SEBAB-SEBAB HATI TIDAK BAHAGIA

Antara mazmummah utama yang menghilangkan bahagia di hati ialah :

1. PEMARAH- paling mudah dikesan atau dilihat dan paling banyak di dalam diri manusia. Orang seperti ini jarang mendapat kawan dan hati tentunya tidak tenang.

2. PENDENDAM- tersembunyi iaitu ibarat mengumpul lahar di dalam dada. Orang seperti ini sentiasa mencari-cari peluang untuk membalas dendam hatta secara yang kecil-kecil sekalipun seperti sakitkan hati atau tempelak orang yang didendami itu. Sebab itu orang pendendam mudah kena sakit jantung.

3. HASAT DENGKI - amalanya hangus akibat hasad dengkinya itu kerana ia memiliki sifat ketuhanan.

4. BAKHIL - sentiasa merasakan orang lain menginginkan harta, kesenangan, pangkat dll. dari dirinya.

Contohnya sentiasa berdalih mengatakan ia tiada duit. (rezeki yang diberi oleh Allah elok dikongsi bersama..-derma) Allah lebih sayang orang yang fasiq tetapi pemurah tetapi benci orang yang abid tetapi bakhil. Kerana walaupun fasiq, pemurahnya itu tetap memberi manfaat pada orang lain kerana kadangkala rezeki itu Allah beri melalui maknusia

5. TAMAK- orang yang tidak puas dengan yang sedikit nescaya tidak akan puas dengan yang banyak kerana dunia ini ibarat meminum air laut...walau berapa banyak yg diminum tetap tak abis jugak...lagipun org tamak selalu rugi.. ** Ingat ! yang dikatakan harta atau rezeki kita bila ia dipakai atau digunakan oleh kita. Selagi tidak diguna iaitu disimpan, itu belum boleh dikatakan rezeki kita. (mungkin ada hak orang lain di situ) Biarlah rezeki itu sedikit tetapi mendapat keberkatan iaitu dapat dimanfaatkan.

6. TIDAK SABAR- andainya perkara yang kecil pun tidak boleh bersabar apatah lagi hal-hal yang lebih besar. (oleh itu banyak2kanlah bersabar bila hadapi dugaan..cthnyer time keja banyak..tetap maintain vogue walau keja bertimbun atas meja..heh..heh..)

7. EGO- ibu segala mazmummah jadi ia membuatkan seseorang paling tidak tenang. Orang yang memiliki sifat ini pantang tercabar dari sudut zahir mahupun batin.

8. RIAK- terseksa sendiri kerana sentiasa tercari-cari peluang untuk dipuji. Sentiasa berlakun-lakun di depan orang Jika ia dipuji, ia akan menambah amalnya tetapi jika dikeji, ia akan mengurangkan amalnya. -Allah marah kalau kita riak..takabbur dgn aper yg kita ada..

9. CINTA DUNIA- tidak dapat menderita, ...dapat pun menderita kerana bila sudah dapat susah pula menjaganya. Berhartalah tidak mengapa tetapi kawal hati jangan diletakkan pada harta itu. biler mati cuma bawa amalan dan doa anak yg soleh/solehah... Cinta dunia merupakan "neraka dunia" kerana dunia itu "panas" akibat ia merupakan barang buruan dan rebutan. Jadi letakkanlah akhirat itu di hati dan dunia itu di tangan supaya dunia itu senang dibahagi-bahagi dan akhirat dibawa mati.

Kesimpulan
Jadi yang meragut kebahagiaan sebenarnya bukanlah secara TOTALnya disebabkan kemiskinan, musibah, kesibukan dllnya. tetapi ialah MAZMUMMAH.

Makin tinggi mazmummah seseorang, makin ia tidak BAHAGIA. Samada bermujahadah atau biarkan saja mazmummah itu, kedua-duanya tetap menderita tetapi andainya bermujahadah kita akan dibantu Allah dan akan bahagia jua akhirnya. So..sama-samalah kite sentiasa ingat mengingati antara satu sama lain...andai kita terleka dengan dunia buruklahh padahnya.
"Wallahualam"