Jumaat, 26 Februari 2010

RAHSIA KHUSYUK DALAM SEMBAHYANG

Seorang ahli ibadah bernama Isam bin Yusuf, dia sangat warak dan sangat khusyuk solatnya. Namun dia selalu khuatir kalau-kalau ibadahnya kurang khusyuk dan selalu bertanya kepada orang yang dianggapnya lebih ibadahnya, demi untuk memperbaiki dirinya yang selalu dirasakan kurang khusyuk.

Pada suatu hari, Isam menghadiri majlis seorang abid bernama Hatim Al-Isam dan bertanya : "Wahai Aba Abdurrahman, bagaimanakah caranya tuan solat?" Hatim berkata : "Apabila masuk waktu solat aku berwudhu' zahir dan batin."

Isam bertanya, "Bagaimana wudhu' zahir dan batin itu?" Hatim berkata, "Wudhu' zahir sebagaimana biasa, iaitu membasuh semua anggota wudhu' dengan air. Sementara wudhu' batin ialah membasuh anggota dengan tujuh perkara :-

1. Bertaubat

2. Menyesali dosa yang dilakukan

3. Tidak tergila-gilakan dunia

4. Tidak mencari / mengharap pujian orang (riya')

5. Tinggalkan sifat berbangga

6. Tinggalkan sifat khianat dan menipu

7. Meninggalkan sifat dengki

Seterusnya Hatim berkata, "Kemudian aku pergi ke masjid, aku kemaskan semua anggotaku dan menghadap kiblat. Aku berdiri dengan penuh kewaspadaan dan aku bayangkan Allah s.w.t. ada di hadapanku, syurga di sebelah kananku, neraka di sebelah kiriku, malaikat maut berada di belakangku, dan aku bayangkan pula bahawa aku seolah-olah berdiri di atas titian 'Sirratul Mustaqim' dan aku menganggap bahawa solatku kali ini adalah solat terakhirku, kemudian aku berniat dan bertakbir dengan baik.

Setiap bacaan dan doa dalam solat kufaham maknanya, kemudian aku ruku' dan sujud dengan tawadhu', aku bertasyahhud dengan penuh pengharapan dan aku memberi salam dengan ikhlas. Beginilah aku bersolat selama 30 tahun." Apabila Isam mendengar, menangislah dia kerana membayangkan ibadahnya yang kurang baik bila dibandingkan dengan Hatim.

Khamis, 25 Februari 2010

Rabu, 17 Februari 2010

CARA NAK BUANG VIRUS YAHOO! MESSENGER


Ini adalah tanda-tanda untuk mengetahui anda dijangkiti virus tersebut atau tidak.Contoh virus seperti ini adalah Worm.Sohanad iaitu dibuat oleh programmer dari Vietnam. Terdapat banyak lg virus2 jenis ini.


1. Virus itu akan set degault page Internet Explorer anda ke link lain. Contohnya seperti :-

"nsl-school.org" links
"myglobalnews.org"links
"lottery-news.info" links
"vnol.org"links
"ie-protector.com"links

2. Ia akan disable kan task manager dan regedit anda.

3. Contoh file yg telah diinstall oleh virus tersebut adalah svhost.exe , svhost32.exe , internat.exe dan banyak lg.

* Anda boleh jumpa file-file di atas di location ini

windows/ & temp/ directories.

4. Yahoo messenger anda akan auto send private message kepada contact yang terdapat pada list friend anda.

Cara untuk buang virus tersebut

1. Close Internet Explorer pada pc anda.

2. Sign Out yahoo messenger anda dan cabut cable internet pada pc anda

3. Klik Start > Run . Taip perkataan di bawah pada kotak run

REG add HKCU\Software\Microsoft\Windows\CurrentVersion\Policies\System /v DisableRegistryTools /t REG_DWORD /d 0 /f

* Ini adalah untuk membolehkan kembali penggunaan regedit pada pc anda

4. Klik Start > Run . Taip perkataan di bawah pada kotak run

REG add HKCU\Software\Microsoft\Windows\CurrentVersion\Policies\System /v DisableTaskMgr /t REG_DWORD /d 0 /f

* Ini untuk membolehkan kembali penggunaan task manager pada pc anda

5. Pergi ke Start>Run>Regedit

Change default homepage anda pada internet explorer seperti google.com dan lain-lain pada senarai registry key di bawah :

"HKEY_CURRENT_USER\SOFTWARE\Microsoft\Internet Explorer\Main"

"HKEY_ LOCAL_MACHINE\SOFTWARE\Microsoft\Internet Explorer\Main"

"HKEY_USERS\Default\Software\Microsoft\Internet Explorer\Main"

6. Sekarang kita perlu kill process virus tersebut. Klik CTRL + ALT + DELETE

* Kill process dibawah

"svhost32.exe"

7. Delete svhost32.exe , svhost.exe files daripada Windows/ & temp/ directories. Ataupun anda leh search pada pc anda svhost dan delete setelah anda
menjumpainya

8. Klik Start menu > Run > Regedit >

* Search pada regedit menggunakan key word di bawah
"svhost"

9. Restart PC anda

Sumber :
http://rezza2u.blogspot.com/2009/06/cara-nk-remove-yahoo-messenger-virus.html

Isnin, 15 Februari 2010

9 Siti Terbaik.

9 Siti yang patut dicontohi

1) Siti Khadijah
- Beliau merupakan isteri Rasulullah s.a.w yg melahirkan anak2 Rasulullah, setia dan menyokong Rasulullah walaupun ditentang hebat oleh org2 kafir dan musyrik, menghantarkan makanan kpd Baginda ketika Baginda beribadat di Gua Hira'.

2) Siti Fatimah
- Anak Rasulullah yg tinggi budi pekertinya. Sangat kasih dan setia kpd suaminya Ali karamallahu wajhah walaupun Ali miskin. Tidur berkongsikan 1 bantal dan kdg2 berbantalkan lengan Ali. Rasulullah pernah b'kata aku takkan maafkan kamu wahai Fatimah sehinggalah Ali maafkan kamu.

3) Siti Aisyah
- Beliau isteri Rasulullah yg paling romantik. Sanggup berkongsi bekas makanan dan minuman dgn Rasulullah. Di mana Nabi s.a.w minum di situ beliau akan minum menggunakan bekas yg sama.

4) Siti Hajar
- Isteri Nabi Ibrahim yg patuh kpd suami dan suruhan Allah. Sanggup ditinggalkan oleh Nabi Ibrahim atas suruhan Allah demi kebaikan. Berjuang mencari air utk anaknya Nabi Ismail (Pengorbanan seorg ibu mithali).

5) Siti Mariam
- Wanita suci yg mmg pandai menjaga kehormatan diri dan mempunyai maruah yg tinggi sehingga rahimnya dipilih oh Allah s.w.t utk mengandungkan Nabi Isa.

6) Siti Asiah
- Isteri Firaun yg tinggi imannya dan tidak gentar dgn ujian yg dihadapinya drpd Firaun Laknatullah.

7) Siti Aminah
- Wanita mulia yg menjadi ibu kandung Rasullullah. Mendidik baginda menjadi insan mulia.

8) Siti Muti'ah
- Isteri yg patut dicontohi dan dijanjikan Allah syurga untuknya kerana setianya kpd suami, menjaga makan minum, menyediakan tongkat utk dipukul oleh suaminya sekiranya layanannya tidak memuaskan hati, berhias dgn cantik utk tatapan suaminya sahaja.

9 ) Siti Zubaidah
- Wanita kaya dermawan yg menjadi isteri Khalifah Harun Al-Rashid. Sanggup membelanjakan semua hartanya utk membina terusan utk kegunaan org ramai hanya niat kerana Allah s.w.t.

Rabu, 3 Februari 2010

Bayarlah Hutang Orang

Hadith :

Dari Abu Hurairah r.a katanya:”Sesorang lelaki memberi hutang kepada Rasulullah s.a.w lalu ditagihnya secara kasar. Oleh sebab itu para sahabat tidak senang terhadap orang tersebut. Maka bersabda nabi s.a.w,:”Orang yang memberi hutang berhak menagih. Belikan dia seekor unta muda kemudian berikan kepadanya!”. Berkata para sahabat:”Tidak ada unta muda ya Rasulullah! Yang ada hanya unta dewasa dan lebih bagus daripada untanya.”Sabda baginda:”Belilah, kemudian berikan kepadanya. Sesungguhnya sebaik-baik kamu ialah yang paling baik membayar hutang.” (Muslim)

Huraian:

Pada dasarnya, Islam tidak menggalakkan umatnya berhutang. Perkara ini dijelaskan menerusi hadith daripada Uqbah bin 'Amir yang bermaksud: “Janganlah kalian membuat takut jiwa selepas ketenangannya.”

Mereka berkata: “Apa itu wahai Rasulullah?” Baginda bersabda: “Hutang.” Oleh itu Rasulullah mengajarkan kita sepotong doa yang bermaksud: “Ya Allah! Aku berlindung kepada-Mu daripada kegundahan dan kesedihan, daripada kelemahan dan kemalasan, daripada sifat pengecut dan bakhil, daripada kesempitan hutang dan penindasan orang.”

Maka dengan itu orang yang telah berhutang hendaklah menjelaskan hutangnya kerana Allah mengetahui apa yang mereka lakukan.

Membayar balik hutang sesungguhnya adalah sesuatu yang wajib dilakukan sehingga harta orang yang sudah meninggal dunia pun perlu ditolakkan hutang-piutang mereka terlebih dulu, sebelum diagihkan kepada waris.

Bukan itu sahaja Islam juga menjanjikan bahawa jika seseorang itu berhutang dengan niat untuk membayar, insya-Allah, Allah akan memudahkan ia membayarnya.

Sebaliknya, jika berhutang dan berniat tidak mahu membayar, maka Allah Maha Kaya dalam perhitungan-Nya sepertimana dijelaskan dalam sabda Rasulullah yang diriwayatkan oleh Abu Hurairah bermaksud: “Sesiapa yang berhutang dengan niat untuk membayar balik, Allah akan membayarkan. Tetapi, jika sesiapa berhutang dengan niat menyeleweng, Allah akan musnahkan harta bendanya."

Maksud ‘Allah akan membayarkan’ di sini adalah Allah akan memudahkan rezeki seseorang itu agar dia dapat membayar hutangnya dan begitulah jika sebaliknya.

Sumber : Jabatan Kemajuan Islam Malaysia

Selasa, 2 Februari 2010

Aku Bos Yg Baik Hati

Seorang boss entah macam mana mood dia memang baik sungguh pada hari nie... Sesiapa yang nak minta balik lima jam lebih awal hari ni ediakasi tapi alasannya mestilah munasabah. Haaaa!! alasannya mestilah pasal sembahyang ajer! Tau-tau macam tu ader 4 orang pekerja bawahan datang mintak balik awal...


Pekerja 1 : A'kum Boss, bulih saya pulang? Saya balik nak sembahyang kat rumah boss, leh tak?

Boss : Tak boleh!!!Kat sini kan ader surau, sembahyang jemaah lagi, lagi banyak pahalanya..!


Pekerja 2 : Saya bulih balik awai kut Boss?

Bosss
: Hang apa pasai:

Pekerja 2
: Saya nak balik tengok anak saya sembahyang zohor kertak? Ntah-ntah dia ponteng?

Boss
: Tak boleh balik, hang telefon saja bini hang suruh dia tengok!


Pekerja 3: A'kum Boss!
Boss: Ha? pasal pulak ni? Nak balik awal gak ker?

Pekerja 3 : Errrrr!!Yer boss, boss baik!! he..heee!
Boss: Alasan apa lak ngko nie?

Pekerja 3 : Saya nak balik sembahyang orang mati.. Ada orang kampung saya ninggal pagi tadi, nak sembahyang jenazah... !Boleh kut bossyer pulang awal?

Boss
: Tak bolehhh!!!Itu fardzu kifayah jer! Orang kampung lain yang ramai tu boleh sembahyangkan. Doa kat sini pun boleh!! Dah!Pergi buat kerja..

Pekerja 4: A'kum Boss! Saya nak balik awal boleh tak ari nie?

Boss
: Naper?

Pekerja 4
: Isteri saya telefon, dia kater dia dah boleh sembahyang!

Boss:
Yer ker? Ha! Kalu gitu awak baliklah... Kesian awak dah seminggu nunggu!!!

Pekerja 4
: Tima Acih Boss!!! Heee..hee


sudah baca tolong bagi sikit komen sebagai motivasi. tq